Tidak. Disebabkan kekangan laman ini hanya boleh memuatkan 80 pax pada satu masa, hanya tetamu yang dijemput bakal diberikan tempat duduk. Ini juga merupakan majlis akad nikah penuh privasi, a full-seated ceremony, oleh itu tiada tempat duduk tambahan kerana tempat duduk akan ditetapkan mengikut respon RSVP anda. 1 response = 1 RSVP = 1 seat.
Ya. Bagi memastikan kelancaran sesi Ijab & Qabul, para tetamu diminta untuk hadir pada masa yang ditetapkan. Jurugambar akan memulakan sesi rakaman sebaik saja pengantin masuk, penempatan meja & kerusi para tetamu akan saling menghadap meja Ijab & Qabul, untuk mendapatkan komposisi gambar yang memuaskan, semua kerusi hendaklah dipenuhkan sebelum Ijab & Qabul bermula. Namun, selesai sesi bergambar, pada pukul 10.30 pagi & seterusnya, jika ada keperluan, para tetamu boleh mengundurkan diri dari majlis lebih awal dari waktu bersurai (12 tengah hari). Oleh kerana ini merupakan intimate solemnisation, kehadiran para tetamu amatlah digalakkan & dihargai bagi memeriahkan suasana sehingga majlis selesai.
Ya, di dalam kawasan laman (9-11 kereta) & dibahu jalan (tiada limit). Pegawai RELA akan bertugas pada hari tersebut untuk menunjukkan kawasan tempat letak kereta.